Tuesday 6 January 2015

Segalanya bermula disini

COVER


“Wah!! Dah lambat nak ke kelas!!”

Sharifah Ainatul Sakinah segera mencapai towelnya. Dipercepatkan langkah dan pergerakkan ke tandas untuk membersihkan diri.

‘Macam mana aku boleh tertidur masa hafazan tadi?’ Monolognya dalam hati sambil menggaru 
 kepala yang tidak gatal.

“Hmm.. nak pakai baju kurung atau jubah? Jubah jelah kot.”

Siap berjubah dan bertudung bulat,dia terus mengambil kunci kereta dan memecut laju ke Universiti Islam Aliuddin Shah.
                                                       ____________________________________

“Wei Ad!! Mane kau menghilang ah dua tiga hari ni? Puas aku cari tau.”

Ad tersengih apabila bahunya ditepuk dari belakang oleh member sekuliahnya. Rashid,kawan baiknya setelah 2 tahun mengambil pengajian di Universiti Teknologi Islam Dzulkarnain bersama-sama.

“Sorilah Shid. Aku sibuk buat assignment kat luarlah.”Sambil tangannya memperkemaskan topi yang ditolak Rashid.

“Ah kau!! Kot ye pun ‘outstation’,bagitau la. Risau aku dibuatnya.” Rashid tunduk dan buat muka seposennya tu.

Ek eleh. Merajuk ke mamat ni? Ni yang payah ni bila ada orang ‘tersayang’ lebih kat aku. Keh keh keh.

“Alaa Shid. Jangan laa terasa hati. Haa.. apa kata aku belanja kau makan. Kau tak sarapan lagikan?” 

Aku memaut bahunya dan membuat nada memujuk. Ni gerenti cair ni.

 Rashid memandang Ad dengan muka yang bersinar-sinar.

“Betol kau nak belanja aku ni? Okay set. Aku ade jumpa port yang gempak untuk kau. Jom! Aku
drive.”

Gotcha!! Hah! Senang je nak pujuk mamat ni. Keluar sikit duit, jalanlah. Haha.

Sengih Ad sambil membuat kening double jerk. Rashid dan Adilla Sarah Nasuha menaiki kereta dan terus ke port tersebut untuk minum pagi sebelum masuk kelas.
                                                             ______________________________________

Selepas 3 jam kuliah,Ridhwan Amiruddin mengatur langkah untuk ke kantin. Perutnya sudah berirama rancak diminta untuk diisi. Kantin di Universiti Islam Aliuddin Shah memang tak pernah lengang dari kesesakan para mahasiswa dan mahasiswi yang menuntut di sini.Amir membawa nasi goreng pataya dan sirap bandung special dengan perasaan yang tidak sabar-sabar untuk dimasukkan ke dalam ‘peti besinya’ yang dari tadi minta diisi. Tiba-tiba...

BUKKK!!!

Matanya berpinar-pinar. Badannya terasa melayang kebelakang.

“Astargfirullah. Sakitnya.”
                                                    _____________________________________________________

Sharifah Ainatul Sakinah segera bangkit selepas terasa badannya dilanggar oleh satu makhluk yang besar.

“Sejak bila ade tiang kat sini? Allahuakbar,Sakitnya punggung. Ni kalau tengah mengandung ni boleh gugur kandungan. Astargfirullah.Nauzzubillahhi min zaliq.” 

Sakinah mengangkat mukanya yang berkerut menahan sakit untuk mengenal pasti objek apa yang baru dilanggarnya tadi.

Ya Allah. Orang rupanya yang aku langgar tadi. Ish,dahlah muslim. Kalau muslimat tadi takpelah jugak. Allah Sakinah, kenapa kau lalai sangat ni.

Kesal Sakinah sambil beristighfar di dalam hati.

“Saya minta maaf ye. Tak sengaja. Saya janji akan bayar balik makanan yang dah terjatuh ni.” Ujar Sakinah sambil mengeluarkan dompetnya.

“Eh! Takpe takpe. Salah saya jugak sebab berjalan tak pandang depan. Perut lapar sangat tadi.Tak perlu ganti rugi,Saya boleh beli lagi.” Sambil tangannya diangkat untuk menahan Sakinah dari 
 mengeluarkan beberapa keping wang kertas.

“Betol takpe? Mmm.. kalau macam tu saya minta diri dulu. Dah lambat untuk ke kelas.” Ujarnya sambil menghalakan jari telunjuknya ke tingkat atas.

“Ye. Betol takpe.” Sengih lelaki tersebut sambil membuat ‘thumbs up’ pada Sakinah.

“Baiklah. Assalammualaikum.” Sakinah segera mengorak langkah untuk ke kelas tanpa menunggu jawapan salam dari lelaki tersebut.
                                          ______________________________________________________

“Waalaikumusslam.” Bisik Amir sambil matanya meleret melihat wanita tersebut berlalu sehingga 
bayangannya hilang dibalik pintu masuk kantin.

“Ish!! Ape aku lekakan ni. Astargfirullah. Wanita memang fitnah terbesar dunia. Ya Allah, aku berlindung dengan Mu dari Syaitan yang direjam.”

Istirghfar Amir sambil tangan kanan mengusap wajahnya. Segera dia mengemas mana yang patut sebelum membeli makanan lain untuk dimakan.
                                           ______________________________________________________

“Kak Hanis!”

Hanis Raihanah Maisarah menoleh kearah suara tersebut. Kelihatan 2 batang tubuh sedang menuju kearahnya. Melihat wajah yang amat dikenalinya itu, dia segera berhenti menyusun buku di rak.

“Assalammualaikum kak.” Sapa Ad sambil meemaut tangan kakak kesayangannya itu.

Rashid yang tadi tersengeh-sengeh bagai kerang busuk hanya sekadar mengangkat tangan kanan sebagai tanda hormat.

“Waalaikumussalam. Adilla dan Rashid ni dari mana? Asyik berkepit kehulu kehilir. Nanti jadi fitnah nanti.” Tegur Hanis akan sikap adiknya itu. Dia risau akan hubungan erat antara Rashid dan Adilla. Mereka bukan mahram tapi hubungan dah macam abang dan adik je. Bimbang pandangan orang luar akan tingkah laku mereka yang agak intim.  Nak kata kapel tak bercinta. Nak kata sayang boleh mati kalau sehari tak jumpa. Hmmm.. pening kepala memikirkan perihal mereka.

“Alaaaa.. Start la tu nak ceramah orang. Kitaorang keluar makan je pun kak. Kan Rashid kan?” Siku Ad.

Rashid yang leka memandang wajah Hanis yang berniqab tu terkebil-kebil mengiyakan soalan Ad.

“Eh! Kau ni Rashid. Asal jumpa kak Hanis je mengelamun. Dah sampai planet mane hah? Dahlah kak, Ad minta diri dulu ye. Assalammualaikum.”

“Waalaikumussalam.Adilla, sebelum terlupa,nanti lepas isya’ ni kita jumpa macam biasa ya.” Pesan Hanis sambil menghulurkan tangan kanannya kepada Ad. Ad mengangguk dan tersenyum manis kepada Hanis.Tangan Rashid yang cuba untuk menyalami Hanis segera ditepis oleh Ad.

“Ish! Jangan nak menggatal ye Shid.”  

Belum sempat Rashid nak membalas tepisan Ad, dia telah segera pergi meninggalkan Rashid. Rashid tergesa-gesa mengejar Ad dan sempat melambai Hanis yang masih setia menyambung kerjanya menyusun buku-buku di perpustakaan Universiti Teknologi Islam Dzulkarnain.
                                           ______________________________________________________

Malam itu,Amir berfikir panjang.Aturan apakah ini ya Allah? Adakah masaku untuk menyahut sunnah terbesar Rasulullah itu telah tiba? Allahummasolli a’la Saidina Muhammad. Amir membogkokkan badan di atas kerusi meja belajarnya sambil kedua tanggannya mengusap kepalanya yang agak serabut.

“Allahuakbar. Perasaan apakah ini?”

‘Movie’ pagi tadi kembali berputar ligat bermain di kepala. Manis, lembut, sopan pemakaian. Siapa agaknya namamu wahai bidadari? Sengeh Amir sambil bermonolog. Astarghfirullah.Ingat mir,Cinta bukan satu keseronokkan nafsu.Kerana percayalah mir- Kalau benar cinta, mesti mahu bersama ke syurga-Nya.Apa-apa yang melemparkan ke neraka,itu bukan cinta. Tapi panahan api dari makhluk laknatullah yang berusaha untuk membawa cucu-cucu nabi Adam ke Jahannam melalui lembah-
 lembah zina. Nauzzubillahhi min zaliq.

“Woi Mir. Kau dah kenapa sengeh sorang-sorang. Wayar putus ke lepas kuliah tadi?”

Sapa Abdul Muiz Zakaria sambil menghulurkan secawan kopi kepada Amir sementara tangan kanannya menyuakan kopi ke mulutnya sebelum dihirup.

“Ish kau, Cakap elok sikit ye. Kot ye pun bagila salam dulu sebelum masuk bilik. Nasib baik wayar jantung aku ni ok lagi.” Bebel Amir sambil tangannya menggapai minuman yang dibancuh oleh Rashid.

“By the way, thanks for this lovely coffee buddy.” Sengeh amir sambil mengenyitkan mata kirinya kepada Muiz.

“Aku tengok kau ni lain macam je malam ni. Apa kes? Ceritalah. Kot-kot aku boleh bantu.”

“Hehe. Takde apelah. Small matter je.”

Small matter kau cakap mir? Ni soal hati dan perasaan. Kalau sekali kau terjatuh parah ni. Hish! Nak cerita ke tak ye.

“Okaylah kalau macam tu. Aku minta diri dululah ye.”

Sebelum Muiz sempat membuka langkahnya untuk keluar, “Muiz! Jap-jap. Hehe.. aku ade benda nak tanya kau sebenarnya.”

“Haa.. nak jugak kau bukak mulut. Haha.. Amendanya? Cer citer.. cer citer.”

Amir pun ceritalah dari A sampai Z kisah ape yang berlaku yang menyebabkannya menjadi angau malam tu.

“Owh, ni kes cinta ni. Hmm.. Nasihat aku nijelah. Jangan tertipu dengan cinta.Kadangkala syaitan hanya mempermainkan kita.Cinta kita biarlah dipandu dengan iman. Jangan mengikuti nafsu semata-mata. Cinta kita biarlah berlandaskan cinta kita pada Yang Maha Mencintai.” Terang Muiz lembut menyapa damai telinga Amir.

“So,sekarang ni perbanyakkan lagi ibadah kau. Serahkanlah segala-galanya pada Allah. Andai benar ini cinta, kau buatlah istiqarah. Mohon petunjuk dari Yang Maha Mengetahui.”

Malam itu, selepas isya’ Amir duduk berteleku diatas sejadah, bermujahadah memohon ampun serta petunjuk dari Illahi. Mencernakan balik segala ayat-ayat yang disampaikan oleh sahabatnya tadi, Muiz.
                                           _____________________________________________________

Pada malam yang sama di surau Al-Mu’min Universiti Teknologi Islam Dzulkarnain, Hanis melipat kemas telekungnya selepas selesai menunaikan solat Isya’ secara berjemaah. Ad yang dari tadi setia duduk disebelah Hanis hanya memerhati saja sambil merenung jauh ke wajah kakak kesayangannya yang putih dan lembut.

Hairan.Muka kak Hanis ni lawa gila kot. Tapi kenapa nak berpurdah bagai? Malu ke?

Adilla mengimbas kembali zaman silamnya 3 tahun lalu. Dimana tahun itu dia tidak kenal apa itu erti sebuah agama, apa itu aurat dan yang paling sadis sekali ialah siapa itu Allah. Hatinya begitu sakit bila mengingati kembali saat itu, dimana kehidupannya dipenuhi dengan maksiat serta hiburan dunia yang melampau. Senaraikan saja maksiat yang terdapat di dunia ini, hampir keseluruhannya pernah dia lakukan. Sehinggalah ke suatu hari, dimana pertemuannya dengan seorang insan yang berhati lembut, menerangkan kepadanya apa itu Islam. Persinggahannya yang sebentar untuk melepaskan lelah berjalan, di sebuah surau telah menjadi detik sejarah yang amat berharga dalam kehidupannya.

Hanis Raihanah Maisarah.  Insan yang amat dikagumi Ad. Kerana pertemuan itulah yang telah membangkitkan jiwanya untuk mengubah arah perjalan hidup yang penuh dengan maksiat kepada jalan yang diredhai Allah.
Segala puji bagi Allah yang telah menetapkan segala sesuatu untuk hamba-hambaNya. Aturan Allah itu Maha hebat.

“Apa yang dimenungkan tu?”

Teguran Hanis melenyapkan segala kenangan silam yang berputar ligat di kepala Ad. Dengan mata terkebil-kebil Ad menjawab pertanyaan Hanis.

“Eh! Takdelah. Termenung amendenya. Orang tengah tengok muka kak Hanis yang cun ni. Bukan selalu dapat kutatapi.Hehe..” Gurau Ad sambil menunjukkan muka annoyingnya kepada Hanis.

“Emm.. akak,hari ni nak belajar ape pulak?” Soal Ad tanpa sempat menunggu Hanis memulakan bicaranya. Setiap malam Isnin memang kebiasaanya lepas isya’ Hanis Dan Adilla akan mengadakan usrah. Hal ini adalah bagi memantau keadaan Adilla yang sedang berjinak-jinak dalam dunia tarbiah.

“Ea eh. Tak pandai sabo-sabo ye adik akak yang sorang ni. Kita bukak usrah kita dengan ummul kitab dulu boleh? Al-Fatihah. A’u’zubillah......”

Adilla menggaru kepalanya yang dirasakan tidaklah gatal mana pun. Dia tersengeh malu-malu kerana sikapnya yang tergopoh-gopoh. Haish! Lupe pulak kena baca al-fatihah. Kau ni Ad buat malu jelah.

Selesai Al-Fatihah, Hanis mulakan bicara “Adilla,boleh akak Tanya satu soalan yang agak peribadi?”

Dahi Ad berkerut. “mmm.. Insayaallah. Mane Ad dapat jawab Ad jawab lah. Ape dia kak?”

“Adilla dengan Rashid tu betol ke takde ape-ape? Kalau ade cakap jelah. Nanti boleh akak bincang dengan dia. Bukannya apa,mulut orang ni susah nak tutup.Dilla faham maksud akak?”

Haaa.. Dah agak dah. Mesti pasal Rashid.

“Kiteorang serius takde apa-apa kak. Betol Ad cakap.” Tegas Ad sambil mengangkat tangan kanannya keparas bahu tanda sumpah.

“hmm.. Okaylah kalau macam tu. Malam ni kita borak pasal Ikhtilat ye?”

“Ikhtilat?”

“Ye,ikhtilat. Ikhtilat tu adalah pergaulan antara lelaki dan perempuan. Kalau salah caranya maka kita berdosa. Berikhtilat ada cara and syarat yang tertentu. Kalau kita tersilap langkah maka fitnah akan berlaku. Ianya boleh mendorong kepada zina....bla...bla..bla...”

Maka malam itu Hanis meneruskan misinya dalam membimbing Ad. Dia menerangkan satu persatu mengenai konsep sebenar ikhtilat kepada Ad dengan penuh berhikmah.
                         _______________________________________________________

To be continued..... ^_^V

With The Name Of Allah And His Mercy


Add caption